Kuah Colek "Mok Kite" adalah hasil air tanganku. Biasanya aku akan buat kuah colek ini setiap 2 minggu sekali. Selalunya bila bekalan dikedai dah habis dan pelanggan bertanya, barulah aku menggelabah membuatnya. Bukan malas, tapi masa sangat2 terhad bagiku. Tambahan lagi dalam usia yang semakin meningkat ini, pulang je dari kerja, terasa sangat penat, belum pun lagi menjamah kerja2 harian dirumah, tapi mulut dah merungut letih.
Aku rasa aku nak perkembangkan kuah colek ini kemerata kedai kat kawasan yang berhampiran.Semoga mendapat sambutan, dan disamping tu aku boleh buat amal sikit..kerana aku jual murah je RM 2.50. selalunya diatas pasaran harganya mencecah RM 4 keatas. Bukalan nak ambing untuk lebih sangat pun. cuma suka2 nk belajar berniaga.
Kebersihannya memanglah terjamin..saya membuatnya samalah sebagaimana saya buat hidangan makan dirumah. Saya sangat pentingkan kebersihan dalam urusan memasak..kan itu dituntut dalam Islam...apalagi maasakan kita tu dimakan oleh orang lain..ha..dapatlah ganjaran pahala nanti.
Bahan2nya:-kalau nk buat sikit
1kg gula melaka
1 botol kecil cili sos
1 botol kecil kicap masin
sebesar 2 jari belacan kampung yg tidak busuk.
sedikit kacang tanah ditumbuk kasar
sedikit bijan

No comments:
Post a Comment