Sunday, 21 December 2014

                                    ini  kerja kursus semasa berkhidmat dengan Hanson Quary



Indahnya kenangan..indahnya..


Ini adalah antara kenangana2 ku semasa bekerja dihanson Quarry Product
semuanya masih kukuh dalam sanubari..agar semua sahabat2ku berada dalam lindungan Allah sentiasa..Amin











Wednesday, 2 July 2014

Terlalu lama aku meninggalkan blog Pondok Teratai ini..sepanjang masa itu berbagai peristiwa kualami hingga membataskan aku untuk bersenang lenang di Blog.
Antara peristiwa2 ygg masih ku ingati selepas sambutan Family Day bulan Jun tahun 2013..Suamiku dimasukkan kehospital lebih kurang 2 minggu.  dalam masa itu aku terpaksa membahagikan masaku antara perkerjaan ku..rumahtangga..kedai..dan hospital.  Bagaikan lipas kudung aku menjalani rutin harian..lupa penat..lupa segalanya demi memenuhi masa. Ditempat kerja aku tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian pada tugas..jiwa gundah gulana..airmata syik nak gugur je. Akhirnya aku ambil keputusan untuk berhenti kerja bagi memenuhi

Thursday, 16 January 2014

Rasanya sudah hampir 3 bulan aku bekerja tanpa off.hari2 kerja bermula jam 5 pagi....

Kringgggggg henset berbunyi ...pastinya jam sudah 5 pagi. Dengan mata yg masih mamai aku bangun meraba tomboi pintu..seminit pun aku tk benarkan masa melewati aku. Sebab itu bila jam berbunyi je aku terus bingkas bangun...jika aku masih memejamkan mata..bermakna 6 pagi nanti baru aku terbangun semula..

kaki bagai robot ..terus je menuju kedapur, bermulalah rutin pagi ..memasak sarapan pagi dan makanan untuk tengahari.jam 6.30 pagi dah mula bersiap untuk ketempat keje. selalunya aku bertolak dari rumah jam 7.15 pagi. sementara pergi tu, sempatlah aku mencuci najis kucing2 dalam sangkar..yang aromanya memnyakitkan hidung. Sebelum suamiku berleter akhibat aroma tersebut..aku terlebih dahulu pergi mencucinya.  Bukan semua org dalam rumah ku boleh lakukan kerja ini,,,tapi aku dengan selamba je boleh mencuci sambil menghidu. disamping tu sempatlah aku berbual2 dengan kucing peliharaanku..dan sempatlah bersalaman, sambil memberi makan pagi.

sampai ketempat kerja selalunya sekitar 8 pagi, terlewat dan terlebih lebih kurang.Cop kad dulu..samada merah atau biru..berserah sahaja..
bersambung...........................................................................................


Saturday, 30 November 2013

23 November 2013...
Pertama kalinya kami mengadakan Hari Keluarga..
Bertempat di Pantai balok, Kuantan.
bermula jam 8.30 pagi serperti yang dirancang seawal 2 bulan yang lepas.
Untuk menjayakan rancangan kami ini..kami telah menubuhkan satu Group..anak..cucu..cicit..sedara mara..
Disini kami saling berbincang untuk membuat keputusan dan persetujuan bersama.
Oleh kerana hari yang kami rancang tu jatuh pada hari sabtu...maka ramai antara saudaramara
yg tidak dpt hadir bersama...walau apapun ..saya selaku tuan rumah sangat berpuas hati dengan kehadiran
saudara mara yg brkesempatan. Semua mereka menunjukkan sikap sporting..dengan membawa berbagai2
makanan ...terim aksih semua....ini antara gambar2 yg sempat kami rakamkan...