Thursday, 16 January 2014

Rasanya sudah hampir 3 bulan aku bekerja tanpa off.hari2 kerja bermula jam 5 pagi....

Kringgggggg henset berbunyi ...pastinya jam sudah 5 pagi. Dengan mata yg masih mamai aku bangun meraba tomboi pintu..seminit pun aku tk benarkan masa melewati aku. Sebab itu bila jam berbunyi je aku terus bingkas bangun...jika aku masih memejamkan mata..bermakna 6 pagi nanti baru aku terbangun semula..

kaki bagai robot ..terus je menuju kedapur, bermulalah rutin pagi ..memasak sarapan pagi dan makanan untuk tengahari.jam 6.30 pagi dah mula bersiap untuk ketempat keje. selalunya aku bertolak dari rumah jam 7.15 pagi. sementara pergi tu, sempatlah aku mencuci najis kucing2 dalam sangkar..yang aromanya memnyakitkan hidung. Sebelum suamiku berleter akhibat aroma tersebut..aku terlebih dahulu pergi mencucinya.  Bukan semua org dalam rumah ku boleh lakukan kerja ini,,,tapi aku dengan selamba je boleh mencuci sambil menghidu. disamping tu sempatlah aku berbual2 dengan kucing peliharaanku..dan sempatlah bersalaman, sambil memberi makan pagi.

sampai ketempat kerja selalunya sekitar 8 pagi, terlewat dan terlebih lebih kurang.Cop kad dulu..samada merah atau biru..berserah sahaja..
bersambung...........................................................................................