Saturday, 30 November 2013

23 November 2013...
Pertama kalinya kami mengadakan Hari Keluarga..
Bertempat di Pantai balok, Kuantan.
bermula jam 8.30 pagi serperti yang dirancang seawal 2 bulan yang lepas.
Untuk menjayakan rancangan kami ini..kami telah menubuhkan satu Group..anak..cucu..cicit..sedara mara..
Disini kami saling berbincang untuk membuat keputusan dan persetujuan bersama.
Oleh kerana hari yang kami rancang tu jatuh pada hari sabtu...maka ramai antara saudaramara
yg tidak dpt hadir bersama...walau apapun ..saya selaku tuan rumah sangat berpuas hati dengan kehadiran
saudara mara yg brkesempatan. Semua mereka menunjukkan sikap sporting..dengan membawa berbagai2
makanan ...terim aksih semua....ini antara gambar2 yg sempat kami rakamkan...







Friday, 18 October 2013

14 October 2013
Pukul 5 pagi aku sudah bangun untuk berkemas dan membersihkan mana yang patut, takut nanti pulang dari bercuti..ada sang ulat2 menyambut kepulangan kami.  pukul 6 aku mula kejutkan anak2 sorang demi seorang. pukul 8.30 pagi aku , suami dan anak2 memulakan perjalanan ke Rompin Pahang, kerana distinasiku adalah menuju ke Pulau Tioman, sebuah Pulau yang sangat2 aku idamkan untuk beristirihat. Kira2 pukul 11 pagi kami dah sampai ke Jeti Tanjung Gemok. Bermakna aku masih ada 1 jam, lagi sementara menunggu feri yg akan bertolak jam 12.00 tengahari. Sementara itu aku kekaunter tiket untuk dapatkan tiket.  harga tiket RM70.00 seorang pergi dan balik. DiKaunter ini aku diberi penerangan tentang tempat perhentianku, kerana chalet sudah ditempah, maka aku kene menuju ke TEKEK ..nama tempat Jeti singgah,.kerana Chalet Sri Tioman yg ku tempah berada di TEKEK.

Tempat penginapan telah ku tempah semalam. Aku cuma tempah chelet sahaja, almaklum, belanja kene berbajet sebab poket nipis, ini my husband yg bermurah hati menanggung sepenuhnya..bermakna selamatlah duitku.Chelet yang kutempah hanya sebuah yg muat satu family (5 orang) dan berharga RM200 untuk satu malam termasuk minum pagi, yang lain2nya kene tanggung sendiri.

Lebih kurang pukul 12.00 tengahari, kami mula menaiki feri..lupa pulak nama feri....
Ini pengalamanku yang kedua naik feri.  Pengalaman pertama semasa naik feri di Pulau Pinang.
Terasa teruja juga menempuh perjalanan yg akan memakan masa selama 2 jam. Dalam masa 2 jam ini aku cuba untuk tidak terlelap, selalunya bila naik kereta atau apa je..aku akan terlelap..tut..tut..dh sampai.
Mataku memang tak lepas memandang air laut, rasa takut juga..maklumlah selalunya perjalanan meredah jalanraya, dapat melihat pokok2..rumah2 dan pemandangan yang berbagai, tapi perjalanan meredah air laut agak berbeza,..aku hanya dapat memandang air sahaja, bergerak2 bagai berirama, dan aku hanya dapat melihat kaki langit. Terasa aku ingin keluar je dari feri dan berjalan diatas air untuk menuju ke kaki langit...hayalanku bertambah jauh. Penat mataku memandang kelautan, aku mencari2 jika ternampak ikan2 sedang berloncatan dipermukaan air sebagaimana aku melihat dikaca TV, tapi hampa..seekor ikan pun tak menjelma. Akhirnya mataku tewas..terlelap juga beberapa minit sebelum feri berlabuh di Jeti.Kira2 pukul 2.petang kami selamat sampai ke Jeti Tekek. Semasa Feri berlabuh mataku sempat melihat banyaknya anak2 ikan berenang-renang berebutkan roti yang dilemparkan oleh pengunjung Pulau. Airnya sangat2 jernih hingga nampak pasir-pasir.

Naik je kami ke daratan, terus kami mencari restoran makan. Perut ni dah berbunyi menandakan waktu makan tak boleh ditunda lagi.Tidak sukar untuk mendapatkan makanan disini, kerana banyak kedai2 disepanjang jeti. Makanan tengahari kami simple je..nasi campur sepinggan seorang. Total semua makan tengahari kami hari ini cuma RM25 untuk 5 orang termasuk minuman sejuk.Murah je. Dini nasi berlaukkan ikan tak mahal walaupun ikan segar, sebab mudah kut untuk dapatkan ikan disini.

Dah kenyang perut, kami mula beredar untuk mencari chalet Sri Tioman, oleh kerana kami belum mahir tentang jalan disini, maka kamipun naik kereta sewa untuk ke chelet..dalam beberapa minit je kami sampai..hahaha dekat je rupanya..kalau berjalan kaki pun tak berapa minit . Bila sampai suamiku pun tanya " berapa tambang ni?"  jawab driver tu.."kalau orang lain kami ambil RM20.00, tapi tak perlah..bayar je RM15.00" manis sungguh ayat yg digunakan. maka kami korbankanlah RM15 untuk perjalanan yang hanya beberapa minit sahaja..senang nya orang Pulau Tioman cari duit.

Thursday, 15 August 2013

Sudah agak lama aku tinggalkan blog ini. masa tidak pernah mengizinkan aku untuk bersenang2 didalam blog Pondok Teratai .

Aktiviti harian penuh tepu..malam mata pula mengantuk..cepat je nak terlelap..pantang duduk aje..dimana punggung singgah..mata pun tertutup..terlena.

Malam ini aku menjenguk sekejap..untuk melatih jari jemariku menari-nari diatas keyboard.
Sebenarnya semenjak akhir2 ini jiwa ku kalut tak menentu.  Jiwa resah berpanjangan. Hati gundah gulana tak terpujuk. Hari-hari aku dijenguk rasa bosan, sedih, menyampah..semuanya bersatu dalam hati..entah bila kan pulih dan terubat.

Ada hati yang selalu membuatkan ku terluka. Dalam tawa..dalam senda aku terpedaya.
Aku yakin dan percaya manusia boleh berubah..tapi bilakan ianya akan berubah. Demi masa, aku selalu mengharap.

Ya Allah..berikan aku kekuatan jiwa..walaupun aku lemah. Berikan aku semangat agar dapat aku melangkah lagi kedepan tanpa goyah.  Aku sedar..jiwaku..hatiku tersangat lemah, mudah menangis, mudah mengalah pada keadaan.  Wahai insan2 yang hampir disekelilingku..sambutlah tanganku agar aku dapat bangun lagi melangkah.

Wednesday, 14 August 2013

Pondok Teratai: kretiviti

Pondok Teratai: kretiviti
 
JOM TENGOK CARA NAK BUAT PENGHAWA DINGIN DENGAN MENGGUNAKAN KIPAS
KELENGKAPAN
1 Kipas
2 Botol & air
3 Garam dimasukkan 3 sudu teh (untuk cepat beku kan ais. Lepas keluarkan botol air ia akan kad lambat cair )

Picture
Picture

LANGKAH 1 : Masukkan garam ke 2 2 botol air tersebut
Picture
LANGKAH 2 : Simpan botol air dalam peti ais sampai sejuk/beku
Picture

LANGKAH 3: Letakkan kedua dua botol yg dah sejuk/beku di depan kipas .
Picture

Siap dan rasailah udara yg nyaman seperti penyaman udara.

Sunday, 11 August 2013

Meriahnya Aidil Fitri 2013 bersama kaum keluarga dan para tetamu


Stem2 lama untuk simpanan


Ini adalah antara stem2 lama yang aku kumpul sejak usiaku 9 tahun.
Kebanyakan stem2 tersebut ada terselit kenangan dan tarikh2 penting sissebaliknya..hobi ini masih aku teruskan..dan harap2 semua stem2 lama ini aakan dijaga rapi oleh mana2 seorang anak2ku yang berminat,..setelah aku tiada nanti....

Saturday, 3 August 2013



Kenangan semasa pasar mini SBN mengadakan hari keluarga untk kanak2 perumahan taman cahaya.
ada acara bola sepak dan sukan kanak2..dalam gamabar encik Su tuan Punya Pasar Mini SBN menyampaikan hadiah pada pemenang.........seronok bila dikenang

Thursday, 1 August 2013

Berikan aku masa dan ruang

untuk fikir dengan tenang

bukannya memberikan aku tekanan

yang membuatkan jiwa ini berada diawangan

Yang membuatkan jiwaku ini tersepit dan terhumban

Sedikit ruang untuk ku bernafas

sedikit masa untuk ku buat keputusan


Monday, 29 July 2013


28Julai 2013

Berbuka puasa bersama keluarga di Tanjung Lumpur...




Biskut Balah

Biskut ni ada kurma didalamnya dan hiasan luar ialah hirisan buah badam
adunannya diuli dengan pelanta...telor dan susu untuk merasai lemaknya...

Ini namanya Biskut kelapa

adunannya cuma tepung jagung, gandum, kacang dan kelapa..
rangup.

Biskut pandan
Hasil adunan yang simple aje...pati ubi, gandum, tepung jagung...telor..marjerin..coklat rice..





BISKUT KELAPA,
Ini adalah hasil cuti 3 hari ....untuk menyambut syawal yang bakal tiba..
seronok buat sendiri daripada beli..Suasana ingin menyambut raya jelas terasa sibuknya...



Ini semasa Jaybond sudah remaja...bukan main action lagi dengan bulunya yg lebat dan ekor mengembangnnya..Jaybond memang hensem...Jaybond memang manja...
Setiapsubuh bila aku bangun memasak..Jaybond akan memanjat tingkap dan mengiaw manja..dan dia akan duduk bertenggek kat tingkap sambil memerhati aku memasak...sambil memasak aku akan berbual2 ngan Jebung.

Sayangnya.. Jaybond tak lama berada dalam keluargaku.  Jaybond hilang beberapa hari tanpa dikesan..dan bila berjumpa..Jaybond sudah mati.  Sedihnya..sukar nak cerita,..beberapa bulan aku tk boleh nak tatap gambar Jaybond , apalagi video yg menunjukkan kelincahannya..

Sehingga hari ini Jaybond masih tetap dihati...dan sampai saat ini tiada lagi pengganti Jaybond dihatiku..
Kucing2 yg lain aku hanya sayang sekadarnya saja..kasihan je yang lebih...



Jaybond sangat suka merajuk...bila dimarah atau dijentik siki..Jebung akan merajuk...tengok tu dia termenung jauh...disbelahnya girlfriend kut..tak berkenan lah..tak sehensem Jaybond...


Jebung semakin besar dan cerdik..suka dia duduk atas riba..manja sangat2
Tengok tu..sempat lagi Jebung nak mengucapkan selamat hari raya aidul fitri...dalam tu ada duit..tau



Ini Jaybond masa kecil ..2 beradik yang menjadi kesayangan keluarga.
Dan akhirnya yang seekor mati ..tinggallah Jebung sendirian yang kekal menjadi kesayangan kami semua.
Terutama aku..sayang sangat2..Tidur atas sofa pun tak marah..

Sunday, 28 July 2013

Cahaya apakah itu...

Hari ini 29Julai 2013

Aku bangun jam 4.00pagi seperti biasa..untuk masak bersahur.
Selalunya aku bangun di ketika ini suasana memangnya sunyi sepi..hanya sesekali kedengaran bunyi kenderaan di jalanraya.

Pagi ini suasana yang sama. tanganku pantas je mengutip pinggan mangkuk yang masih belum bercuci selepas berbuka semalam..dan aku arahkan pandanganku ketingkap dapur..tingkap ku bercermin ..jadi jika ada cahaya dari luar aku akan dapat melihatnya..dan begitu org diliar akan dpat terus melihat kedalam rumahku bila lampu dibuka.  Aku melihat ada cahaya sepanjang kebih kurang 6inci dan 4" lebar bersebelahan tingkap rumah abangku..yang hanya beberapa langkah sahaja dari rumahku. Cahaya itu tidak bergerak walau sedikitpun..walaupun berulang kali aku melihatnya. sehinggalah jam 5.00 pagi..aku lihat cahaya itu hilang,
Hati tertanya2 cahaya apakah itu..rasa takut ..tapi tak kisahlah sangat sebab beberapa minit lagi aku akan kejutkan anak2 dan suami untuk bersahur...

Walau apapun hati ini tertanya2 cahaya apakah itu.. kalau org suluh misti cahaya itu bergerak2..cuba bercerita dengan suami..tetapi macam takda respon aje...lupakan jelah...

Wednesday, 24 July 2013

pada asalnya aku buat untuk bunga telor..tapi akhirnya jadi hiasan meja...


Dimeja ini..... bertemankan komputer...... aku menghabiskan masa berpuluh tahun lamanya
menjalankan tugas dengan memikul tanggungjawab demi mencari rezeki dan berbakti pada syarikat..
semuanya akan ku tinggalkan...bila tiba ketikanya..walau hati masih sayang.



yang ini..kalau baca isi didalamnya memang kelakar..buat aku tersenyum sorang2
kretif ...


Yang ini tengok namaku di julang oleh 7 bidadara..
dan satu bidadara lagi menjulang huruf terakhir tinggi keawan..megahnya
siap ada helikopter lagi membawa bendera SELAMAT HARI IBU






simbolik..gambar seorang ibu memangku bayi yg kecil.. dan
gambar seorang ibu sedang ajar anaknya membaca Alqur'an..mungkin kah itu Syazwan Su?