Monday, 29 July 2013
Ini semasa Jaybond sudah remaja...bukan main action lagi dengan bulunya yg lebat dan ekor mengembangnnya..Jaybond memang hensem...Jaybond memang manja...
Setiapsubuh bila aku bangun memasak..Jaybond akan memanjat tingkap dan mengiaw manja..dan dia akan duduk bertenggek kat tingkap sambil memerhati aku memasak...sambil memasak aku akan berbual2 ngan Jebung.
Sayangnya.. Jaybond tak lama berada dalam keluargaku. Jaybond hilang beberapa hari tanpa dikesan..dan bila berjumpa..Jaybond sudah mati. Sedihnya..sukar nak cerita,..beberapa bulan aku tk boleh nak tatap gambar Jaybond , apalagi video yg menunjukkan kelincahannya..
Sehingga hari ini Jaybond masih tetap dihati...dan sampai saat ini tiada lagi pengganti Jaybond dihatiku..
Kucing2 yg lain aku hanya sayang sekadarnya saja..kasihan je yang lebih...
Sunday, 28 July 2013
Cahaya apakah itu...
Hari ini 29Julai 2013
Aku bangun jam 4.00pagi seperti biasa..untuk masak bersahur.
Selalunya aku bangun di ketika ini suasana memangnya sunyi sepi..hanya sesekali kedengaran bunyi kenderaan di jalanraya.
Pagi ini suasana yang sama. tanganku pantas je mengutip pinggan mangkuk yang masih belum bercuci selepas berbuka semalam..dan aku arahkan pandanganku ketingkap dapur..tingkap ku bercermin ..jadi jika ada cahaya dari luar aku akan dapat melihatnya..dan begitu org diliar akan dpat terus melihat kedalam rumahku bila lampu dibuka. Aku melihat ada cahaya sepanjang kebih kurang 6inci dan 4" lebar bersebelahan tingkap rumah abangku..yang hanya beberapa langkah sahaja dari rumahku. Cahaya itu tidak bergerak walau sedikitpun..walaupun berulang kali aku melihatnya. sehinggalah jam 5.00 pagi..aku lihat cahaya itu hilang,
Hati tertanya2 cahaya apakah itu..rasa takut ..tapi tak kisahlah sangat sebab beberapa minit lagi aku akan kejutkan anak2 dan suami untuk bersahur...
Walau apapun hati ini tertanya2 cahaya apakah itu.. kalau org suluh misti cahaya itu bergerak2..cuba bercerita dengan suami..tetapi macam takda respon aje...lupakan jelah...

Wednesday, 24 July 2013
Monday, 22 July 2013
Hati seorang ibu..
sebelum mengandung...ingin sangat merasainya..ingin alami pengalaman membawa perut yang memboyot...
setelah mengandung..membilang hari untuk ingin melihat cahaya mata..miskipun hati diselubungi ketakutan.
Setelah melahirkan,...hati si ibu diulit resah.. takut anak mendapat sakit demam, lalu anak dijaga penuh
perhatian..sehingga seekor nyamuk pun tak diizinkan singgah .Tidur si ibu selalu
terjaga..pantang sikecil merengek..cepat saja tangan mendodoikan..
Setelah anak pandai bercakap...bangganya siibu mengajar sianak memanggil emak..abah..
Setelah anak menjejaki sekolah...siibu gusar tak senang duduk..takut anak menangis disekolah..takut anak
tak pandai bergaul bersama rakan.
Setelah anak meningkat remaja..siibu gusar dan bimbang..pada arus zaman...yg sangat mencabar.
bimbang ibu bukan kepalang..dalam hati sering bertanya...siapakah kawan2 sianak?
takut terjerumus kekancah dadah..takut terlibat dengan lumba haram...dan macam2
takut lagi yang bersarang dihati...walaupun hakikatnya..ibu nampak tenang dan
bersahaja.
Tapi kini..saat ini..setelah siibu melihat sianak berdiri mengerjakan solat..ringan kaki melangkah ke masjid..
hati ibu menjadi lapang..menjadi senang..walaupun sesekali kegusaran tetap bersarang...
Harap2 impianku Allah makbulkan...amin yarabbal alamin..
Sunday, 21 July 2013
22-July...
Kenapa mata..kau mengantuk aje pagi2 ni..kerja satu pun belum siap lagi..
Esuk dah date line. Pantang menyandar sikit je..mata cepat je terpejam.
Badan penat semacam je. Ayuh! jgn ikutkan kata hati, jangan diikut resmi badan yg sentiasa nak berihat je.
Celik..celik..lihat keje yang bertimbun didepan tu.
Kita mulakan satu2..hati2..jangan gopoh..nanti silap ..akhirbulan nanti tak berdaya telinga ni mendapat call.
Ok..relex..otak..beri tumpuan..tangan ..jangan nk asyik menghala ke FB je..dah2 la tu.
Mulakan kerja..Bismillahirrahmanirrahim..
Ya Allah kau berkatilah setiap kerja2 ku ini..amin.

Friday, 19 July 2013
19 Julai 2013...
Sedih..akhirnya luruh juga airmata, sedangkan aku telah sematkan dalam hati, supaya jangan mengalirkan airmata kerana kecik hati ...tetapi airmata luruh juga..tk mampu ku tahan..lebih2 lagi waktu berbuka puasa begini...haru sangat....
Ya Allah aku tetap memaafkan apa jua kesilapan dan terkasar bahasa ..mungkin berlaku tanpa mereka sedar..cuma hatiku saja yang begitu cepat terasa. Aku tahu setitis airmata ini sgt mahal..dan telah cuba aku tahan tapi tk mampu.........ku berdoa agar hati ini cepat melupai...
Kenapa hati?..cepat sangat kau terguris ...lupakan....

Thursday, 18 July 2013
Pondok Teratai: Kuah Colek "MOK KITE"
Pondok Teratai: Kuah Colek "MOK KITE": Kuah Colek "Mok Kite" adalah hasil air tanganku. Biasanya aku akan buat kuah colek ini setiap 2 minggu sekali. Selalunya bila...
Kuah Colek "MOK KITE"
Kuah Colek "Mok Kite" adalah hasil air tanganku. Biasanya aku akan buat kuah colek ini setiap 2 minggu sekali. Selalunya bila bekalan dikedai dah habis dan pelanggan bertanya, barulah aku menggelabah membuatnya. Bukan malas, tapi masa sangat2 terhad bagiku. Tambahan lagi dalam usia yang semakin meningkat ini, pulang je dari kerja, terasa sangat penat, belum pun lagi menjamah kerja2 harian dirumah, tapi mulut dah merungut letih.
Aku rasa aku nak perkembangkan kuah colek ini kemerata kedai kat kawasan yang berhampiran.Semoga mendapat sambutan, dan disamping tu aku boleh buat amal sikit..kerana aku jual murah je RM 2.50. selalunya diatas pasaran harganya mencecah RM 4 keatas. Bukalan nak ambing untuk lebih sangat pun. cuma suka2 nk belajar berniaga.
Kebersihannya memanglah terjamin..saya membuatnya samalah sebagaimana saya buat hidangan makan dirumah. Saya sangat pentingkan kebersihan dalam urusan memasak..kan itu dituntut dalam Islam...apalagi maasakan kita tu dimakan oleh orang lain..ha..dapatlah ganjaran pahala nanti.
Bahan2nya:-kalau nk buat sikit
1kg gula melaka
1 botol kecil cili sos
1 botol kecil kicap masin
sebesar 2 jari belacan kampung yg tidak busuk.
sedikit kacang tanah ditumbuk kasar
sedikit bijan
Tuesday, 16 July 2013
Menghasilkan kad sambut menantu untuk apiq
Seharian mencipta kad uttuk apiq..akhirnya siaplah juga.
Walaupun tak cantik..tapi bolehlah bila orang baca dia nampak
tarikh, nama pengnatin dan lokasinya. Kad yang ringkas dan murah., tapi sangat kaya
dengan keihlasan hatiku semasa membuatnya.
Harap2 takde yg komplen lebih2..sebab aku dah ak punya masa untuk membaikinya...

Saturday, 13 July 2013
Friday, 12 July 2013
Kerinduan yang tak terjangkau..
Kenapa ya?..semenjak beberapa hari ni aku selalu teringatkan emak aku.Banyak kenangan bersamanya terbayang-bayang dihadapan mata..atau mungkin ini bulan Ramadhan..yang membuatkan aku rindu pada emak..
Semasa hayat emak, setiap kali tiba Ramadhan , suasana sangat meriah. Emak suka buat kuih muih dan lauk kegemaran anak2nya. Walaupun hidup kami susah, tetapi bila tiba Ramadhan, emak akan usahakan untuk memasak makanan kegemaran kami, aku pun tidak tahu darimana emak mendapatkan wang untuk perbelanjaan bulan puasa.Setahu aku aku emak pandai menyimpan duit dari hasil jualan tikar anyamannya.
Abang2 juga menghulur sekadar termampu.
Dan bila tibanya hari raya, aku hanya akan ada sepasang baju kurung. Itu pun sudah lebih dari cukup. Bagi aku itu semua tidak penting..asalkan dapat pakai baju baru..sudah sangat2 memadai, sudah sangat2 buat aku gembira.
Bila aku sudah bekerja, emak adalah orang yang sangat gembira. Semua gajiku aku serahkan pada emak,
aku tidak joli seperti orang2 lain, kerana aku sedar kemiskinan yang menghimpit kehidupan kami, membuatkan aku beazam akan membuatkan emakku senang.Walaupun gajiku kecil, tapi dengan gaji itu aku mampu mememenuhi keinginan emak,
Sayangnya hanya beberapa tahun sahaja aku sempat berbakti pada emak...di pagi 1 Syawal emak pergi menemui ilahi..pergi untuk selama-lamanya setelah 2 bulan diserang stroke.
Masih ku ingat..setiap kali sahur..emak akan kejutkan aku tepat pukul 5.00 pagi. Bila bangun je semua makanan sudah terhidang. Aku cuma bangun untuk makan. Emak cakap dia tidak akan kejutkan aku awal kerana bimbang aku akan mengantuk ditempat kerje. Emak akan tunggu aku makan hingga siap. Selagi aku termenung didepan nasi..selagi itulah emak akan membebel paksa aku makan.,...masih ku ingat...semua itu...
Dan sekarang giliran aku pula lakukan pada anak2ku. Aku akan hidang makanan terlebih dahulu..baru ku kejutkan anak2..dengan harapan masa sahur digunakan sepenuhnya.
Masih ku ingat..saat indah megadakan terawih bersama emak...Jalan kaki dengan lampu suluh ditangan.
Kerana aku penakut..emak mengusik aku dengan menghilangkan diri dibelakang pokok kelapa...bila ku toleh kebelakang emak tak ada. meraung aku berlari kemasjid, Hahaha...terkena juga aku...
Indahnya kalau emak masih ada...dan ayah masih ada...
Ya Allah kau ampunilah dosa2 kedua ibu bapaku..kasihanilah mereka.
emak pulang kerahmatullah pada pagi 1 syawal
ayah pulang kerahmatullah pada 17 ramadhan.

Thursday, 11 July 2013
puding cremel
![]() |
| Add caption |
Bahan2 Bahan A: 4 sudu besar gula 3 sudu besar air Bahan B: 5 biji telur A 2 sudu besar tepung kastard 3/4 tin susu pekat 1 cawan air 1 sudu vanila secubit garam Cara Membuatnya: * satukan bahan A. masak di atas api perlahan. * biarkan gula menjadi perang. sejukkan. * pukul telur sekejap. masukkan semua bahan2 lain. * kacau semuanya sebati dan masukkan ke dalam loyang gula hangus tadi. * bakar dalam oven suhu 180 darjah selama 55min, secara water bath. (letakkan loyang berisi air panas dibawah loyang tadi.
Tuesday, 9 July 2013
Menyambut Ramadhan Almubarak
Hari ini 1 Ramadhan 2034
Pagi ini aku bangun awal 1 jam dari hari2 biasa. selalunya aku bangun jam 5 pagi..tapi tibanya Ramadan aku bangun jam 4 pagi. Sendirian didapur memasak apa-apa aje yg sepatutnya. Waktu ini semua orang diulik mimpi indah dirumahku...siap memasak seawal 5 pagi dan terus menghidang...saat2 gentir bila mengejutkan seorang demi seorang...dan yg seorang ini susah sikit...dua tiga kali ulang kejut belum tentu bangun..dan akhirnya aku terpaksa buat ayat.." penatnya ulang alik dapur kebilik..saya tunggu sinilah smpai awk bangun/..tk larat ni"..hahaha bangun pun.
Waktu bersahur sunyi sepi je....sesekali je terdengar sudu berlaga dengan pinggan. semua masih mood tidur. Rasa tak berbaloi aku memasak subuh2 camni..semua makan sedikit je.Beginilah tiap2 tahun berpuasa. waktu bersahur mereka makan kerana dipaksa. Tapi berbuka nanti siaplah...semua sedap!!!
Hari ini otak ku masih belum berfikir nak masak apa..walaupun petang sudah menghampiri jam 3.00pm.
Rasa2 nk masak apa???
Sunday, 7 July 2013
Kedaiku dimasuki pencuri
24-Jun 2013
Sepulang dari Nilai..kira2 jam 10 malam suamiku pergi melihat kedai untuk pastikan barang2 mencukup untuk berniaga esuk hari. Tetapi malangnya kedai kami telah dimasuki pencuri.Habis semua duit, rokok dan top up mereka kebas.
Sudah tiada rezeki kami..apa lagi yg dapat dikatakan. Mungkin itu dah rezeki mereka...Kepda pencuri tersebut..tak pelah..ini habuan kamu didunia...diakhirat nanti balasan menanti kamu..Allah kan ada.
Namun itu semua tidak akan melemahkan semangat kami untuk terus berniaga..kerana ini adalah mata pencarian kami.
Ya Allah..kau bukakan hati pencuri2 tersebut untuk insaf dan bertaubat. Mereka tidak akan kaya dengan hasil mencuri..kerana hasil yang tidak berkat tidak akan dapat memberkati..

Jalan2 ke Nilai 3
23 Jun 2013...jalan-jalan ke Nilai Negesi Sembilan.
Dah lama teringin nak ke Nilai, cuma dengar cerita aje dari rakan-rakan.
Mulakan perjalan sebaik habis je solat subuh. Masing2 teruja sangat kalau bab berjalan-jalan ni.
Seawal 9.30 pagi kami dh berada di bandar seremban.
Nak jumpa Nilai 3 susah juga, pusing2 mencari..dan akhirnya ketemu juga.
Sampai sana tk tahu apa nak beli...dah kelabu mata..dan bila niat nak beli je..fikir dua tiga kali (takut habis duit)..kedekut juga. Tapi My Encik Su dah beri duit untuk berbelanja. Jadi beli lah apa yg teringin..yg pastinya carpet dan langsir..maklum je raya dah dekat ni. Lain-lain aku beli untuk memenuhi tuntutan anak2 je..janji mereka gembira.Untuk diriku sendiri..aku hanya beli 2 helai tudung. cukuplah.
Benarlah kata orang..bila jiwa kusut..bawaklah bercuti..menenangkan fikiran. Disini aku seakan lupa pada segala masalah..mungkin lupa sekejap je.Yang aku fikir..aku suka lihat barang2 yg berbagai2 dihadapan mata. Rasa semua nk beli je...
Untuk makan disini?/rasa tak lalu nak telan. Tersangatlah kotornya kedai makan disini. Aku berlapar sehingga petang..dan terjumpalah restauran masakan panas kat kt satu tempat tu ..boleh la tahan sedapnya.
Teruskan perjalan untuk pulang..sampai kerumah jam 9.00 malam.
Wassalam.....

Saturday, 6 July 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)