Thursday, 15 August 2013

Sudah agak lama aku tinggalkan blog ini. masa tidak pernah mengizinkan aku untuk bersenang2 didalam blog Pondok Teratai .

Aktiviti harian penuh tepu..malam mata pula mengantuk..cepat je nak terlelap..pantang duduk aje..dimana punggung singgah..mata pun tertutup..terlena.

Malam ini aku menjenguk sekejap..untuk melatih jari jemariku menari-nari diatas keyboard.
Sebenarnya semenjak akhir2 ini jiwa ku kalut tak menentu.  Jiwa resah berpanjangan. Hati gundah gulana tak terpujuk. Hari-hari aku dijenguk rasa bosan, sedih, menyampah..semuanya bersatu dalam hati..entah bila kan pulih dan terubat.

Ada hati yang selalu membuatkan ku terluka. Dalam tawa..dalam senda aku terpedaya.
Aku yakin dan percaya manusia boleh berubah..tapi bilakan ianya akan berubah. Demi masa, aku selalu mengharap.

Ya Allah..berikan aku kekuatan jiwa..walaupun aku lemah. Berikan aku semangat agar dapat aku melangkah lagi kedepan tanpa goyah.  Aku sedar..jiwaku..hatiku tersangat lemah, mudah menangis, mudah mengalah pada keadaan.  Wahai insan2 yang hampir disekelilingku..sambutlah tanganku agar aku dapat bangun lagi melangkah.

Wednesday, 14 August 2013

Pondok Teratai: kretiviti

Pondok Teratai: kretiviti
 
JOM TENGOK CARA NAK BUAT PENGHAWA DINGIN DENGAN MENGGUNAKAN KIPAS
KELENGKAPAN
1 Kipas
2 Botol & air
3 Garam dimasukkan 3 sudu teh (untuk cepat beku kan ais. Lepas keluarkan botol air ia akan kad lambat cair )

Picture
Picture

LANGKAH 1 : Masukkan garam ke 2 2 botol air tersebut
Picture
LANGKAH 2 : Simpan botol air dalam peti ais sampai sejuk/beku
Picture

LANGKAH 3: Letakkan kedua dua botol yg dah sejuk/beku di depan kipas .
Picture

Siap dan rasailah udara yg nyaman seperti penyaman udara.

Sunday, 11 August 2013

Meriahnya Aidil Fitri 2013 bersama kaum keluarga dan para tetamu


Stem2 lama untuk simpanan


Ini adalah antara stem2 lama yang aku kumpul sejak usiaku 9 tahun.
Kebanyakan stem2 tersebut ada terselit kenangan dan tarikh2 penting sissebaliknya..hobi ini masih aku teruskan..dan harap2 semua stem2 lama ini aakan dijaga rapi oleh mana2 seorang anak2ku yang berminat,..setelah aku tiada nanti....

Saturday, 3 August 2013



Kenangan semasa pasar mini SBN mengadakan hari keluarga untk kanak2 perumahan taman cahaya.
ada acara bola sepak dan sukan kanak2..dalam gamabar encik Su tuan Punya Pasar Mini SBN menyampaikan hadiah pada pemenang.........seronok bila dikenang

Thursday, 1 August 2013

Berikan aku masa dan ruang

untuk fikir dengan tenang

bukannya memberikan aku tekanan

yang membuatkan jiwa ini berada diawangan

Yang membuatkan jiwaku ini tersepit dan terhumban

Sedikit ruang untuk ku bernafas

sedikit masa untuk ku buat keputusan