30-3-2013 Majlis sambut Menantu Ramadhan Syakir di Kampung Pecah Rotan
Bersiap seawal 8 pagi sampai berpeloh2 menunggu kepulangan Encik Su dari kedai, rasa separuh merajuk antara nak pergi atau tidak..tut-tut jam 10 lebih baru balik . Dalam jam 12 tengahari baru boleh bergerak,
Diperjalanan sempat juga aku melelapkan mata dan merihatkan badan,Biasanya itulah rutin ku bila naik kereta ..hehe..jangan marak encik Su. sebab anak2 ada untuk taman berbual hilangkan mengantuk masa memandu..dan macam-macam cerita timbul sepanjang perjalanan.n Kadang2 rasa ianya satu riadah.
Sampai kkekampung yang dituju, aku mula teringatkan peta pada kad kahwin aku lupa nak bawa. tapi aku pura2 cari dan sempat lagi aku buat cerita, kad tu jatuh semasa turun dari kereta waktu singgah dikedai tadi..pada hal..aku tk bawak pun.. Hahaha en,su bad mood ..pergi kampung org tapi tk tu alamat. menggelabahlah aku talipon dan mesej sana sini meminta alamat. sampai pengantin pun jadi mangsa aku. Akhirnya aku dapat juga alamat dari cik puan norlaila, dan pengantin menalipon tunjukjkan jalan.
akhirnya dampai juga kerumah pengantin. Panasnya cuaca ..rasa nak pecah kepala.
selesai makan dan jumpa pengantin, kami pun beredar menuju ke bandar kuala terengganu. distinasi utama ialah pasar payan. bukan beli apa pun, cuma aku rindukan telor penyu..rindu sangat. akhirnya aku beli 3 biji sahaja, sebab doktor pesan jangan makan lagi telor penyu..kaki bengkak looo.Degil, makan juga sebiji lepas kempunan. lain2nya aku cuma beli bartan2 makanan sajhaja. bertolak dari bandar terengganu kami menuju ke Kg Titian baru untu kerumah bekas kakak iparku. Walaupun cuma bekas kakak ipar..tapi aku masih angga dia sebahagian dari keluarga ku. Lagi pun semua kami suka bertandang kesini, kampung yang masih suasana kampung..nyaman...
kami berangkat pulang kekuantan kira2 jamkj 3 petang, ditangah jalan kami sempat singgah di Rantau abang. sekejap sahaja, dan meneruskan perjalanan. sampai rumah pukul 10 malam..dalam keletihan....
Sunday, 31 March 2013
Wednesday, 27 March 2013
Kepejabat Pelajaran Pahang..Bandar Indera Mahkota..dah lama tak sampai kekawasan ini,
siap semua urusan pukul 12.00 tenghari. Panasnya hari ini...Apa2pun lega rasanya .
singgah kat warung Zarina..makan tengahari kat situ, rasanya dah tk sempat nk balik memasak, penat sangat ni.Lama dh tk jumpa kawan lama ni, dah beberapa tahun.sesekali jumpa terkenang kisah2 lalu dimasa alam persekolahan. sekarang masing2 sudah punyak keluarga dan beranak pinak, dan punya kerjaya masing-masing. Semoga kawanku Zarina ini terus berjaya dalam hidupnya dunia akhirat..minggu depan dia nak gi Umrah..mudahan2 selamat semuanya. amin

Tuesday, 26 March 2013
TANGISAN PEJUANG...
Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayat hati,
Dari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina
Air mata tiada ertinya
Sejarah silam tiada maknanya
Sekiranya bangsa tercinta terpinggir
Dipersenda dan dilupakan
Bukan kecil langkah wira bangsa
Para pejuang kemerdekaan
Bagi menegakkan kemuliaan
Dan darjat bangsa
Selangkah bererti mara
Mengharung sejuta dugaan
Biarkan bertatih
asalkan langkah itu yakin dan cermat
bagi memastikan negara
merdeka dan bangsa terpelihara
Monday, 25 March 2013
Ya Allah berikanlah ketetapan hati pada hambaMu ini. Berikanlah aku kekuatan jiwa, Jangan jadikan aku hamba yang cepat lemah dan berputus asa. Tunjukkanlah aku jalan yang lurus. Permudahkanlah setiap urusanku, cekalkanlah hatiku, peliharalah imanku. Ya Allah ..Kau terimalah setiap doa-doaku..kerana aku sentiasa mendoakan yang baik2 untuk seluruh isi keluargaku.
25-3-2013
Bila berada ditempat kerja, hati melonjak2 ingin pulang kerumah, bukan apa pun..dirumah terlalu banyak kerja yang menanti untuk disiapkan...tapi bila sampai kerumah nanti misti semangat yang berkoba2r masa ditempat keje hilang begitu sahaja, bukan malas pun, tapi menghala usia yang menjelang senja ni, badan cepat sangat penat. Kadangkala untuk berjalan dari dapur kedalam rumah pun rasa tak terangkat kaki. Apa2 pun misti digagahi juga. kerja misti disiapkan walaupun separuh..yang penting memasak misti dilaksanakan, rutin yang tidak boleh ditidakkan.
Pagi2 lagi hati sayu bila menatap mukadepan harian metro. airmata laju je mengalir. sedih menatap gambar balu-balu perwira negara yg terkorban menjaga keamanan negara., ditambah lagi bila membaca 'warkah Satria dari Lahad Datu"..menatap gambar anak2 kematian bapa. Semoga Allah melimpahkan rahmat keatas roh semua pejuang negara,

Sunday, 24 March 2013
Blog Mahligai kasih ini saya bina pada 24-3-2013 ahad jam 1146pm.
Blog ini saya namakan Mahligai kasih kerana ertinya yg sangat mendalam dalam kehidupan kita seharian.
Ianya dibina hanya untuk suka2 sahaja disamping memenuhi sedikit ruang-ruang masa yang tersisa.
Blog ini juga akan saya jadikan sebagai buku catitan saya seharian. Agar ada tarikh -tarikh dan peristiwa2 penting tidak akan hilang begitu sahaja. Sebab sebenarnya saya bukanlah sangat suka menulis didalam diary..malas nak menulis tangan.

Subscribe to:
Posts (Atom)