Tuesday, 9 July 2013
Menyambut Ramadhan Almubarak
Hari ini 1 Ramadhan 2034
Pagi ini aku bangun awal 1 jam dari hari2 biasa. selalunya aku bangun jam 5 pagi..tapi tibanya Ramadan aku bangun jam 4 pagi. Sendirian didapur memasak apa-apa aje yg sepatutnya. Waktu ini semua orang diulik mimpi indah dirumahku...siap memasak seawal 5 pagi dan terus menghidang...saat2 gentir bila mengejutkan seorang demi seorang...dan yg seorang ini susah sikit...dua tiga kali ulang kejut belum tentu bangun..dan akhirnya aku terpaksa buat ayat.." penatnya ulang alik dapur kebilik..saya tunggu sinilah smpai awk bangun/..tk larat ni"..hahaha bangun pun.
Waktu bersahur sunyi sepi je....sesekali je terdengar sudu berlaga dengan pinggan. semua masih mood tidur. Rasa tak berbaloi aku memasak subuh2 camni..semua makan sedikit je.Beginilah tiap2 tahun berpuasa. waktu bersahur mereka makan kerana dipaksa. Tapi berbuka nanti siaplah...semua sedap!!!
Hari ini otak ku masih belum berfikir nak masak apa..walaupun petang sudah menghampiri jam 3.00pm.
Rasa2 nk masak apa???
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment