Kenapa ya?..semenjak beberapa hari ni aku selalu teringatkan emak aku.Banyak kenangan bersamanya terbayang-bayang dihadapan mata..atau mungkin ini bulan Ramadhan..yang membuatkan aku rindu pada emak..
Semasa hayat emak, setiap kali tiba Ramadhan , suasana sangat meriah. Emak suka buat kuih muih dan lauk kegemaran anak2nya. Walaupun hidup kami susah, tetapi bila tiba Ramadhan, emak akan usahakan untuk memasak makanan kegemaran kami, aku pun tidak tahu darimana emak mendapatkan wang untuk perbelanjaan bulan puasa.Setahu aku aku emak pandai menyimpan duit dari hasil jualan tikar anyamannya.
Abang2 juga menghulur sekadar termampu.
Dan bila tibanya hari raya, aku hanya akan ada sepasang baju kurung. Itu pun sudah lebih dari cukup. Bagi aku itu semua tidak penting..asalkan dapat pakai baju baru..sudah sangat2 memadai, sudah sangat2 buat aku gembira.
Bila aku sudah bekerja, emak adalah orang yang sangat gembira. Semua gajiku aku serahkan pada emak,
aku tidak joli seperti orang2 lain, kerana aku sedar kemiskinan yang menghimpit kehidupan kami, membuatkan aku beazam akan membuatkan emakku senang.Walaupun gajiku kecil, tapi dengan gaji itu aku mampu mememenuhi keinginan emak,
Sayangnya hanya beberapa tahun sahaja aku sempat berbakti pada emak...di pagi 1 Syawal emak pergi menemui ilahi..pergi untuk selama-lamanya setelah 2 bulan diserang stroke.
Masih ku ingat..setiap kali sahur..emak akan kejutkan aku tepat pukul 5.00 pagi. Bila bangun je semua makanan sudah terhidang. Aku cuma bangun untuk makan. Emak cakap dia tidak akan kejutkan aku awal kerana bimbang aku akan mengantuk ditempat kerje. Emak akan tunggu aku makan hingga siap. Selagi aku termenung didepan nasi..selagi itulah emak akan membebel paksa aku makan.,...masih ku ingat...semua itu...
Dan sekarang giliran aku pula lakukan pada anak2ku. Aku akan hidang makanan terlebih dahulu..baru ku kejutkan anak2..dengan harapan masa sahur digunakan sepenuhnya.
Masih ku ingat..saat indah megadakan terawih bersama emak...Jalan kaki dengan lampu suluh ditangan.
Kerana aku penakut..emak mengusik aku dengan menghilangkan diri dibelakang pokok kelapa...bila ku toleh kebelakang emak tak ada. meraung aku berlari kemasjid, Hahaha...terkena juga aku...
Indahnya kalau emak masih ada...dan ayah masih ada...
Ya Allah kau ampunilah dosa2 kedua ibu bapaku..kasihanilah mereka.
emak pulang kerahmatullah pada pagi 1 syawal
ayah pulang kerahmatullah pada 17 ramadhan.
No comments:
Post a Comment