Tuesday, 2 April 2013

Menerima panggilan talipon dari anak saudara...
Cuba memahami perasaannya sebagai isteri yang baru diceraikan, tanpa alasan yang kukuh.
Senangnya kau wahai kaum lelaki..menjatuhkan talak sewenang-wenangya kerana dalam hati
sudah ada pengganti.
Mana perginya rasa simpati, rasa sayang yang pernah dibina diawal perkahwinan. Mengapa dihumban begitu sahaja, setelah segala derita, kepahitan dan susah senang di daki bersama, sehingga mencipta sebuah keluarga yang bahagia.  Setelah dapat yang baru, bekas isteri puladsipersalahkan. Si isteri baru tanpa segan dan silu menggunakan halaman Face book untuk mengutuk bekas isteri suaminya.mencemuh, menuduh dan sebagainya..sungguh kasihan pada perempuan ini. mencipta dosa demi dosa untuk menutup segala kesalahannya.  Malangnya segala cemuhannya tidak dihiraukan....menyalak lah dia dgn gengnya di FB.
Tapi bila membaca Wall FB mereka..hatiku turut tersentuh..mudah-mudahan Allah kuatkan hati dan semangat anak saudaraku..moga kesabarannya dapat menguatkan semangatnya untuk terus melangkah.....Amin

No comments:

Post a Comment