Thursday, 13 June 2013

24 Mei 2013..seperti yg telah direncanakan..aku mengikut abangku ke Pulau Mutiara untuk sama-sama menghadiri majlis akad nikah dan majlis perkahwinan anak saudara ku Apiq. Pergi ku bukanlah dengan hati yg gembira, tetapi sarat dengan kerisauan kerana terpaksa meninggalkan suami dan anak-anak dirumah. Almaklum je..sebelum ini kami jarang tidak bersama walau kemana pun, kecuali aku masuk hospital. Aku risaukan makan minum mereka, tetapi aku seakan lupa yang anak-anakku sudah remaja semuanya..sudah pandai berdikari.

Sepanjang perjalanan aku lebih banyak tidur dari jaga. Beberapa persinggahan R&R pasti kami singgah.
Kira-kira jam 11.00 malam baru kami sampai ke Pulau Mutiara. Wah..cantiknya pemandangan malam dengan kerdipan lampu2 yg bercahaya dan berwarna warni. Selepas menyeberangi jambatan Pulau Pinang, kami sudah ada yang menunggu.. Ida..Lin dan anak2. Sesampai saja dirumah Ida ..baru terasa penat dan lenguh2 tidak terkira.  Dalam kepenatan tu, sempat juga Ida dan Lin mengajak aku menikmati pemandangan malam di Pulau Mutiara ini..dan tanpa menghiraukan letih, aku terima saja pelawaan mereka...masa yg hadir ini aku pergunakan sepenuhnya, kerana entah bila pula aku akan datang kemari. Walaupun ditengah suasana yg hampir larut malam, tetapi dibandar george town ini penghuninya seolah-olah tidak mengenal waktu.  Mereka bersantai seolah2 hari masih siang. Kira2 pukul 2.30 pag baru kami pulang...mengantuknya.

Kesesukkan harinya 25 Mei..kami menuju ke Batu Kawan Kedah untuk menghadiri majlis akad nikah .  Sebelum berangkat kesana aku terlebih dahulu menalipon anak saudaraku Eda di Seberang Prai dan anak saudara suamiku Sah di Kulim Kedah.  Di Majlis akad nikah kami mengaturkan pertemua. Tanpa diduga sekian lama tidak bersua..disini tempatnya kami berkumpul...seronok...seronok..

Selepas majlis akad nikah..aku dilamar oleh eda untuk tidur dirumahnya malam ini...jadi lepas majlis tu kami terus kerumah Eda..semantara abangku kerumah anaknya Eda...berpecahlah pulak ...

Petang itu aku dibawa pusing seberang prai..Permatang Pauh dan apa entah lagi nama tempat yg aku sendiri lupa namanya.Lupa aku sejenak pdaa keriasauan hati..lupa pada masalah yg sering hadir..lupa pada kerja yg ku tinggalkan...Disini aku diajak mencuba Char kuew tiau..huhu sedapnya..asli..tapi nk dapat makan terpaksa tunggu sejam lebih..tapi berbaloi....sedap..sedap.Malam kami pusing2 lagi..mencari jeruk Pak Ali..dan semistinya jeruk je yg kubelikan sebagai buah tangan..untuk balik keKuantan.

Keesukannya26 Mei..Kami sekali lagi keBatu Kawan untuk majlis persandingan. Meriah dan seakan sama je dengan majlis2 yg diadakan dinegeri ku Pahan g Darulmakmur.Selesai kenduri hari tu aku balik semula ke Rumah Ida di Bukit Bendera ...tapi hari ii kami round Pulau Pinang sampai malam...sampai lenguh dan lecek kaki.  Kami Ke Bulit ferenggi..ke Gurney..Ke Hard Rock Hotel(tak masuk pun), Ke KOMTAR..Bukit Bendera.Bayan Lepas..dan entahlah bnyk sangat nk sebut..yg pastinya semuanya menarik hatiku.
Malam ini kami singgah untuk membeli steam boot..nasi ayam..dan pulang makan dirumah ..malam ini aku tidur lewat lagi.

Esuk pagi2 27Mei kami bercadang untuk balik awal..tetapi tak jadi juga awalnya..
kami masih lagi pergi pusing Pulau Pinang yg belum habis kami pusing semalam...Dan kami berangkat pulang kira2 12.00 tengahari.

Sepanjang perjalanan..hati duk teringat ke rumah je...sepatutnya kami sampai dalam pukul 10.00 malam..tapi pemandu van tersalah jalan...hahaha kami tersalah masuk jalan kampung...dan terpaksa pusing balik...pukul 12.30 barulah kami sampai kerumah.  Syukur Ya Allah..perjalanan kami mendapat perlindunganMu..kami selamat pergi dan selamat kembali..amin...selesai sudah satu episod



No comments:

Post a Comment