Demi Tuhan...aku tiada niat menyusahkan semua orang..memburukkan adik sendiri, apalagi keputusan yang ku buat ini menyiksa hatiku sendiri. Aku terpaksa dan aku berada dalam dilema yang teramat sangat. Bukan aku gembira dengan keputusan ini, ibarat kata orang diluah mati emak ..ditelan mati bapa...tapi aku terpaksa memilih antara satu. Ya Allah ku mohon ampun darimu jika keputusan ku ini salah..atau kerana aku cepat mengalah menerima dugaanMu ini. Tapi aku rasa sudah tidak berdaya. Tiada lagi jalan lain yang kufikirkan lebih baik.
5 Jun 2013 adikku diambil..dengan satu tujuan..untuk dimasukkan kepusat pemulihan..tiada niat lain. Aku mahu dia berubah demi masa dan usia. Tidak mungkin selama dia boleh menghuruharakan kehidupanku.Aku juga punya keluarga sendiri, dan sampai kesatu masa aku akan berhenti kerja..dan aku tidak ada pendapatan lagi untuk diagihkan...
10Jun 2013..aku gagahkan kaki ke ADDK di Indera mahkota..dengan satu tujuan..ingin membuat rayuan agar adikku dihantar kepusat pemulihan. Dengan pertolongan abangku dan anakku..aku berjaya kesana.
Kebetulan aku mengenali jiranku yang bertugas di Unit tersebut. Kepadanya aku merayu..walaupun usia adikku telah tua..mencecah 48 tahun..tapi aku masih ingin adikku dipulihkan..biarlah sisa2 hidupnya dia insaf dan menjadi seorang yang baik walaupun hanya untuk dirinya sendiri.
Ya Allah terimalah rayuanku..terimalah doaku..tiada tempat lagi untuk aku bermohon..selain dariMu ya Allah.
Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha mengetahui detik hati hambaMu ini. Amin Ya Rabbil Alamin...
No comments:
Post a Comment